Berakhir Semester I dan Ramadhan Kareem
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلامليكم w.b.t
اسلامليكم w.b.t
Masa begitu pantas berlalu dan saya sudah pun habis dengan semester I di UTM. *lap dahi. Jika ditanya, banyak perkara yang saya belajar sepanjang satu semester ini. Jujurnya, perasaan lega bercampur tidak percaya masih berbekas dihati saya. Dah habis dah? Ha camtu! Peperiksaan akhir semester I, saya hanya ada tiga paper yang perlu diduduki. Tapi perasaan selepas menjawab setiap paper, rasa macam perrgh. Speechless. Setiap kali habis peperiksaan, perasaan saya dan rakan-rakan lain adalah, 'Susahnyaaaaaa!'. Saya benar-benar tidak menyangka bahawa peperiksaan akan jadi begitu susah. Namun, jauh disudut hati saya, saya merasakan, sesuai dan layaklah dengan peringkat Master. Sebelum saya memutuskan untuk mengambil Master, saya melihat ia bukanlah sesuatu yang susah. Bagi saya, siapa sahaja yang ingin mempunyai Master, ambil saja Master mode Taught Course, dengan hanya menghadiri kelas, maka individu tersebut pastinya akan 'sail thru'. Begitu mudah bukan? Easier said than done. Nyatanya, ia tidak begitu. Malah jauh meleset. Ketiga-tiga paper untuk peperiksaan akhir meninggalkan perasaan ragu-ragu setiap kali habis menjawab. Walaupun masih ada jawapan yang diyakini, sebahagian besar yang lain hanya meninggalkan lebih banyak tanda tanya. Tambahan, ketiga-tiga juga melibatkan penulisan jawapan dalam format esei dengan helaian muka jawapan yang berjela-jela panjangnya. Selain ragu-ragu dengan jawapan, tangan juga pasti lenguh setiap kali habis peperiksaan. Untuk paper 'Theories of Motivation' sahaja, jawapan yang digoreng mencecah 12 muka surat sehingga dua setengah jam menulis non stop. *pengsan.
Apa-apapun, Alhamdulillah, setelah menempuhi pelbagai cabaran, akhirnya saya berjaya menghabiskan semester I dengan perasaan yang gembira. Syukran, syukran ya Allah. Moga saya terus kuat untuk semester-semester yang mendatang. Saya yakin, perjalanan saya masih panjang dan sudah pasti akan diwarnai dengan pelbagai ujian dan cabaran. Inilah juga tujuan saya menulis, untuk saya baca dan kenang semula di masa akan datang serta memberi keyakinan yang teguh untuk memastikan saya terus kuat dalam perjalanan menggulung segenggam PhD yang lebih besar maknanya. Saya juga rasa sangat bersyukur kerana Dr. Rohaya merupakan pensyarah yang menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk lebih gigih. Beliau banyak memberi dorongan, kata perangsang dan rasional kepada impian-impian saya. Beliau ibarat ibu buat saya. Pesan beliau, jadilah sumber inspirasi kepada semua yang hampir dengan kita. Ilmu seharusnya buat kita lebih rendah diri. Redha mak abah adalah yang utama.
Zahir! Percaya pada Allah, Rasulullah. Terus berusaha. Mintak mak abah sentiasa doakan kejayaan dunia akhirat. Jadi suami dan babah yang soleh dan bertanggungjawab. Jadi guru yang rapat dihati pelajar. 'Live to inspire'
Salam Ramadhan Kareem,
Zahir,
Pontian Johor,
Ramadhan 8
Pontian Johor,
Ramadhan 8
*Sufi Hannan sudah pandai bermain emosi dengan saya dan Rehan. Lebih bijak juga lebih kuat jeritannya
*Cuti Semester bermula. Mulakan pembacaan online journal dengan banyaknya.
*Cuti Semester bermula. Mulakan pembacaan online journal dengan banyaknya.

Comments
Post a Comment