Cerita Raya


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلامليكم w.b.t
Hari ini hari Ahad, 7 Syawal, maka dengan rasminya berakhirlah sudah cuti raya kami. Masa untuk bergembira dan positif dalam melalui rutin harian seperti sebelum-sebelumnya cuma lebih baik, Insyaallah.

Raya kali ini nyata berbeza dengan kehadiran Sufi Hannan. Kami tidak lagi berdua, kami bertiga kesana kemari. Atas perjanjian diawal perkahwinan, kami bersetuju untuk menyambut raya pertama di Muar dan raya ke 2 di Banting. Alhamdulillah, walaupun cuti taklah begitu lama, kami mampu menyambut dengan penuh sederhana dan gembira bersama keluarga. 
Raya Pertama di Muar
Raya ke 2 sempat singgah di rumah Kak Liza, KML

Sambutan Hari Lahir Mak, Ayah, Hannan dan aku *Ogos*

Bersama semua, Sate Kajang Hj Samuri Bukit Tinggi
3 generasi, Mak, Rehan & Hannan. Jelas Hannan sangat mengantuk waktu ni
Selamat Hari Lahir Mak, Moga dikurniakan umur bermnafaat, kesihatan yang baik dan menjadi ahli Syurga
-2 Ogos-





Ini bukan cerita-cerita biasa. Ini perkongsian dan erti ukhwah silaturahim sesama ahli keluarga dan kawan-kawan. Raya pasti lebih bermakna dengan lebih banyak ukhwah terjalin.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Moga berbahagia disamping tersayang!
Zahir, 
7 Syawal = 3 ogos 2014
Pontian.
















Comments

Popular Posts