Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلامليكم w.b.t

What? 2.32pm?

Bukan sengaja masa 2.32pm dipilih untuk update blog. Namun, kegigihan 'burning the midnight oil' katanya untuk menyiapkan pre reading notes, maka notes kemana, blog pula menjadi keutamaan. Terlalu banyak yang berlaku sehingga gagal untuk saya updatekan dengan penuh terperinci. Namun, disebabkan saya fikir rugi sekiranya perjalanan ini tidak didokumenkan maka saya terpanggil untuk menulis. *klise

Menarik tentang minggu ini, saya menaiki motor ke UTM untuk hadir ke kelas. Hari pertama saya lalui dengan kepenatan yang melampau kerana mungkin kali pertama menunggang motor ke UTM yang jaraknya hampir kurang lebih 40 minit dari KMTJ. Tengahari Ahad dirasakan begitu terik sehingga menyebabkan saya sakit kepala bila sampai di UTM. Sampai sahaja di UTM, saya meraba poket mencari telefon untuk memaklumkan pada Rehan yang saya sudah selamat sampai. Saya juga ada memberitahu hasrat saya untuk tidak lagi menaiki motor ke UTM walaupun itu kali pertama kerana terlalu penat dan sakit kepala. Bincang punya bincang *dalam whatsapp je pun akhirnya kami memutuskan untuk berbincang dengan pengasuh Hannan untuk memberi bayaran ekstra untuk Hannan tinggal lebih lama untuk hari-hari yang ada kelas. Saya merasakan lebih baik saya menambah sedikit bayaran kepada pengasuh Hannan daripada saya terpaksa menanggung keletihan dan akhirnya hanya jasad saya sahaja yang berada di dalam kelas, tidak otak dan fikiran saya. Namun, benarlah Allahlah yang memegang hati-hati kita. Surprisingly, dalam perjalanan pulang, segalanya dipermudahkan Allah. Cuacanya best, trafik pun lancar dan dengan serta merta saya terus merasa sangat seronok kerana saya seolah lebih bebas di atas motor berbanding kereta. Mungkin juga berkat doa Mak & Abah. Perasaan saya tiba-tiba bertukar sebak. Saya rasa sangat bersyukur ketika itu pada masa yang sama teringat pula pada masa-masa yang sangat kuat merintih bersendirian. Betapa besarnya nikmat yang Allah telah limpahkan untuk saya dan keluarga. Maka saya putuskan untuk 'called it off' cadangan dengan pengasuh Hannan.

Hari kedua dan ketiga dilalui dengan sangat berlapang dada. Perjalanan saya jadi lebih cepat, menyeronokkan dan penuh bermakna untuk saya menelaah setiap simpang dan jalan. Saya juga dapat mengetahui tempat-tempat baru yang sebelum ini saya tidak perasan. Saya nekad untuk terus menggunakan motor kecuali dalam waktu-waktu tertentu. Mudah, boleh mencelah dan boleh memberikan saya feel seperti burung yang terbang bebas memecah angin menuju destinasi. Saya sentiasa mengingatkan diri saya ketika diatas motor, 'No pain, no gain' untuk memberi saya semangat luar biasa.

Mungkin ini sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Saya harus mensyukuri dan mengambil sebanyak mungkin ibrah disebalik kembara saya dalam mencari ilmu tuhan. Saya juga semakin mula mencintai UTM. Setiap kali masuk melangkaui pintu gerbang UTM, saya tidak akan terlepas untuk memandang frasa doa yang terukir disitu 'Dan katakanlah, Ya Allah tambahkanlah ilmuku' . Itu juga antara peneguh semangat untuk saya terus berusaha selain sentiasa mengingatkan saya yang apa jua yang saya lalui dalam menuntut ilmu harus dipasakkan niat itu segalanya untuk Allah. Ingin saya kongsikan doa yang Prof. Muhaya kongsikan; 'Ilahi Kau yang kutuju, redhaMu yang ku cari, jadikanlah diriku mengenalMu dan mengasihiMu'. Sungguh! Doa ini begitu dekat dihati saya.

Kerana Tuhan Untuk Manusia - sangat besar maknanya, duniawi juga ukhrawi



Yang menuntut ilmu hanya kerana Allah,
Zahir,
Pontian, Johor

--------------------------------

* Sudah masuk bulan ke 2 di UTM. Tak lama lagi semester pertama akan berakhir. Tugasan dan proposal masih belum disiapkan
* Sufi Hannan dah menginjak usia 1 tahun 8 bulan. Gigi dah semakin banyak, semakin petah bercakap bahasa Jerman. 






Comments

Popular Posts