Benar-benar menguji kesabaran, Siapa kata mengajar itu mudah?
Assalam dan Selamat tghari,
Pagi ini sungguh menguji kesabaran. Dalam pada mengejar masa untuk menyesuaikan diri dengan waktu bekerja yang masih menggila, kesabaran begitu teruji.
Pagi ini saya ada Kelas Makmal untuk Eksperimen 3 : Acid-Base titration. Memulakan kelas makmal diawal pagi saya mempositifkan diri dengan pengalaman rakan-rakan untuk 2 hari pertama dalam minggu ini. "Takpe2, hari ni kalau ada student yg xfhm cuba ajar perlahan2. Dorang kan baru lg, dah lama bercuti untuk SPM, dah lama xpegang alat radas. Jadi ajar dorang dengan ikhlas" pujuk hati saya sementara menunggu pembantu makmal untuk membuka pintu. Kami melangkah masuk kedalam makmal. Dengan semangat yg berkobar-kobar sy memberikan brief explanation on the procedures (dengan harapan students mencatat apa yang cuba disampaikan dalam jotter book mereka, Namun...). Seperti biasa saya memang akan bertanya kepada pelajar sekirannya terdapat mana-mana bahagian pada prosedur yang mereka tidak faham. Dan respon mereka yang seperti biasa jugalah saya dapat.'FAHAM SIR'...Dah kalau mereka kata faham takkanlah hendak dipaksa mereka untuk mengaku tidak faham. Ok fine! "You may start your experiment now,"kata saya.
Setelah beberapa ketika saya berjalan keliling di dalam makmal saya melihat progres yang begitu perlahan sedangkan masa yang diperuntukkan hanyalah 2jam. Masa hanya tinggal 1jam. Saya mengurut dada kerana saya melihat masih ada kumpulan yang tidak memulakan lagi proses 'titration' dan berita gembiranya mereka masih ada 8 kali titration yang perlu dilakukan dengan alatan yang sangat terhad. Dengan menarik nafas dalam saya membantu kumpulan tersebut walaupun hati saya sudah mencapai suhu 80darjah celcius seolah dalam perjalanan mengejar takat didih. Mengingatkan tekad saya dipermulaan hari menyebabkan seolah ada seguni ketulan ais disimbah diatas hati saya. Saya perlu bantu mereka! Saya sedaya upaya membantu mereka melicinkan proses-proses dalam eksperimen tersebut. Akhirnya..Mereka semua menarik nafas lega kerana mereka sudah on track.
Masa pagi ini berjalan seperti hantu. Ada tetapi tiada. "Tinggal 10minit lagi!,"lantang benar suara saya mengingatkan. Masih ada pengiraan yang tidak sempat diterangkan. Masih ada perkara dalam Lab Report yang harus dijelaskan. Saya cuba untuk mencuri beberapa minit terakhir untuk menerangkan apa yang mampu bagi memastikan Lab Report yang dihantar bukanlah sekadar melepaskan batuk ditangga. Bukanlah seperti belacan di semester-semester sebelum ini. Dengan kelam kabutnya saya bergerak meja ke meja untuk melihat pengiraan mereka. Ternyata sesat benar mereka. Jauh ke langit ketujuh. Saya terus membantu dengan menerangkan kepada mereka buat kali ke 1000. Setiap kali ada kumpulan tanya saya akan menerangkan dari awal, dan dari gaya mereka sememangnya mereka tidak faham apa yang disampaikan oleh saya beberapa ketika yang lepas. Dan akhirnya eksperimen kali ini mengambil masa lebih kurang 2jam 40minit untuk individu terakhir meninggalkan makmal. Mujur tiada kelas selepas kelas saya. LEGANYAAAA!!
Tuntasnya, untuk bersabar memang memerlukan keazaman yang tinggi, hati yang ikhlas dan sanubari yang bebas dari bersangka buruk. Sesungguhnya semua manusia hanyalah manusia yang masih belajar dari masa ke masa. Saya berharap dari kelas hari ini banyak yang dapat dipelajari oleh semua pelajar saya. Semoga Allah menerangkan hati mereka untuk cepat belajar. Amin....

Comments
Post a Comment