Seronok dapat sama-sama beri orang lain seronok
Assalam w.b.t,
Sekadar ingin berkongsi perasaan, semalam saya mengiring pelajar ke Restoran Manjarasa, sebuah restoran steambot yang boleh diterima akal di Labuan. "RM 25 per person".
Walaupun ini kali kedua saya mengiringi pelajar dan merasakan tiada apa yang terlalu seronok mengenai Manjarasa, hati saya terpanggil untuk mengatakan ya kepada mereka dan bersetuju menjadi pengiring. Istimewanya kali ini adalah saya memilih untuk bersama-sama mereka menaiki bas ke Manjarasa. Sepanjang perjalanan saya dapat merasakan betapa seronoknya mereka dapat sekali sekala keluar dan cuba menikmati makan malam bersama orang-orang yang mereka sayangi. Hati ini tersentuh melihat gelagat pelbagai ragam. Terdetik seketika dihati ini, jauh mereka dengan ibu bapa dan keluarga mereka, dan saat itu jugalah terasa menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan mereka gembira. Perasaan ini sungguh luarbiasa!!
Kami tiba di Manjarasa seawal 8p.m, dan ketika didalam bas ada ada bertanya kepada pelajar Muslim saya sudahkah kalian Solat Maghrib, tambah saya lagi " Takkanlah sebab nak pergi Manjarasa kamu tak solat?", mereka gelak sambil menyatakan mereka sudah solat sebelum bergerak lagi. Alhamdulillah. Momentum keterujaan yang saya lihat sebaik sahaja berada diatas bas berterusan sehinggalah kami tiba di Manjarasa. Saya hanya membiarkan mereka sehinggalah kami pulang.
Apa yang saya cuba kongsikan disini adalah saya SERONOK DAPAT SAMA-SAMA BERI ORANG LAIN SERONOK.

Comments
Post a Comment