APC dan penghargaan manusia

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلامليكم w.b.t
APC @ nama penuhnya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Erkk?
Macam tahun-tahun sebelum, APC tetap menjadi bualan hangat rakan-rakan. 2 orang menanyakan perkara yang sama pada saya.
"Kau tak kecewa ke tak dapat APC?" 
Sejujurnya, saya langsung tidak kecewa. Kerana saya punya 1001 sebab untuk bersyukur. Rezeki berpindah, rezeki dekat dengan keluarga, itu sudah cukup bermakna buat saya. 
"Aku pulak yang rasa sedih untuk hang" kata rakan yang lain pulak.
Sejujurnya juga, hati saya hanya mula terasa bila kawan-kawan membangkitkan persoalan-persoalan seumpama ini. Saya yakin dimata kawan-kawan mereka ikhlas terasa bagi pihak saya. Perkara ini juga telah merancakkan perbincangan hangat saya dan Rehan. Kami mula fikir itu dan ini sehingga akhirnya kami berjaya concludekan satu perkara. Marilah kita berhenti fikir tentang perkara ini kerana akhirnya kita tidak akan memperoleh apa-apa melainkan 'frust' yang terbit sebab terlalu banyak bercakap dan berfikir. Malah ia langsung tidak akan menjadikan kami ahli pemikir.

Nasihat yang sentiasa saya pegang adalah 'Kalau kita sentiasa mengejar penghargaan manusia kita akan penat, kejar dan haraplah kasih sayang Allah semata-mata kerana akhirnya itulah yang benar-benar penting untuk kita bawa ke akhirat kelak'





Yang hanya bekerja untuk Allah,
Zahir,
Pontian, Johor.


Update : Saya mendapat APC tahun 2018 dan Rehan mendapat APC tahun 2019

Comments

Popular Posts