I'm back

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلامليكم w.b.t
Lama sangat rasa tak menulis, dan terlalu banyak perkara yang dah dilalui. Yes! Sgt sibuk dengan kehidupan bekerja, ber-anak- dan macam-macam lagi. Perkara terbesar yang aku nak update untuk entry kali ni adalah aku dan Rehan bersama Sufi Hannan kini sudah berpindah ke Johor. Again, Yes! Kami dah dapat pindah, Alhamdulillah, Syukran syukran Ya Allah.
Setelah pelbagai polemik perpindahan yang aku dah lalui, akhirnya Allah makbulkan doa semua terutama mak abah, mak ayah dan kawan-kawan. Perasaan tidak percaya masih berbekas dalam hati, tahap ke-excited-annya kemain lagi. *speechless. Mak abah la yang paling paling happy aku rasa, Thanks untuk sesiapa jua yang mendoakan kesejahteraan keluarga kami. Moga Allah merahmati kalian dengan payungan kasih sayangNya. Ameen.
So, untuk 1st entry selepas menyepi ni tak nak la ambitious sangat update panjang-panjang. Simple simple je walaupun aku yakin xde orang baca blog ni. *redho. Jadi bersedialah untuk updates akan datang yang akan menjengah di skrin anda memaparkan kehidupan kami kembali berkelana di semenanjung. Sempena mengambil berkat Ramadhan aku sendiri berharap aku akan terus istiqomah untuk menulis. Salam Ramadhan Kareem semua, till then,

اسلامليكم w.b.t
Zahir,
Pontian, Johor
16 Julai 2014.

Comments

Popular Posts