Cerita Iftar
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلامليكم w.b.t
Semalam atas permintaan pelajar-pelajar, kami mengiringi mereka berbuka puasa di luar. Ya, pertama kali di KMTJ. Prosedur tidak banyak berbeza dengan KML, semuanya diuruskan oleh pelajar, kami cuma perlu menurunkan tandatangan 'mahal' sahaja pada borang permohonan keluar.
'Sunset' dan bayu lembut ramadhan
Iftar secara berjemaah bersama pelajar banyak mengimbas kenangan-kenangan lepas. Baik bersama keluarga, kawan-kawan mahupun bekas pelajar. Masing-masing mempunyai momen istimewa tersendiri. Bukan sahaja merapatkan lagi ukhwah tapi juga untuk berkenalan dan lebih mesra. Mungkin suasana P&P dirasakan agak formal, namun sesi iftar semalam dapat merapatkan hubungan yang sedia terjalin. I like, We like!
*sengih sampai telinga
Insyaallah, akan ada lagi siri-siri iftar dan makan-makan berjemaah yang lain.
E2T8 - Kimia bersama aku, Fizik bersama Rehan
Zahir,
Pontian,Johor
Ramadan18.
Comments
Post a Comment