Sibuk atau Malas?
Assalam w.b.t Salam Sejahtera,
Bangkit untuk ke kerja dengan jadual baru sememangnya meletihkan. Sebelum jam 7, aku harus berada dipejabat. Letih kerana terpaksa mengejar masa, namun hadiahnya adalah pulang awal. Jadi apapun aku tetap seronok.
Aku terpanggil untuk menulis setelah sekian lama meninggalkan blog yang serupa rumah tikus.(Tikus ada rumah ke?) Bersarang dan bersawang. Soalannya, sibuk atau malas? Mungkin sibuk, mungkin juga malas. Aku pilih keduanya. Memulakan kerja diawal pagi sungguh mendamaikan. Benarlah bahawa rezeki itu sentiasa berada dipermulaan hari. Aku cuba menganggap ia sebagai rutin harian aku seperti sebelum ini dengan sedikit pembaharuan dari segi semangat dan kasut semestinya. Semester ini juga aku masih mengajar kuliah kerana aku memilih untuk memantapkan penguasaan ilmu Kimia Fizikal selepas berguling bersama masa semester lalu. Fuuhhhh!
Apapun aku tetap rasa bersemangat untuk menjadi lebih baik dan sentiasa berharap diriku dan keluarga sentiasa berada dalam payung kasih dan rahmatNya. Selamat memulakan sesuatu. Mulakan sesuatu dengan niat dan semangat yang menggunung dan jangan dilupakan juga istiqamah dalam melakukan sebarang pekerjaan, Insyaallah ganjarannya pasti luar biasa!
Comments
Post a Comment