Berkatkah?

Assalam w.b.t dan Selamat Pagi, DAULAT TUANKU!

Pagi ini merupakan cuti umum buat semua rakyat Malaysia. Walaupun baru dua hari bekerja, bila tiba hari untuk bersantai dirumah terasa seolah sudah bekerja selama seminggu seperti biasa. Fuuhhhh! Lega.

Minggu ini merupakan minggu belajar bagi semua pelajar-pelajar. Seperti yang dijangka, pada minggu ini pelbagai gelagat dapat diperhatikan. Mereka yang sememangnya rajin untuk belajar sudah seawal pagi menjengah ke Menara Pentadbiran seolah menganggap diri mereka tidak ubah seperti telur dihujung tanduk. Menunggu masa untuk jatuh dan berharap sesungguhnya mereka tidak akan gagal dalam peperiksaan. Pujian wajar diberikan kepada mereka atas usaha dan kegigihan mereka. Insyaallah berkat usaha yang konsisten kejayaan pasti milik mereka. Namun disebalik fenomena biasa ini terdapat juga fenomena sedikit luar biasa dimana terdapat juga pelajar yang sememangnya tidak pernah menjejakkan kaki mereka bertemu pensyarah tetapi diminggu belajar mereka sudah mula merasa yang mereka perlu melipatgandakan usaha agar mereka beroleh kejayaan. Mereka juga tidak kurang gigih membuat soalan-soalan tambahan, bertanya bagi merungkai kemusykilan yang selama ini bermain dibenak akal mereka. Moga usaha ini juga beroleh keberkatan yang membawa sukses nanti, Insyaallah.

Tidak hairan; Keluhan buat mereka yang masih kekal ditakuk lama. Merasakan mereka tidak perlu belajar. Mereka juga percaya dunia ini leper bukan sfera. Mereka asyik dengan keseronokan sementara yang bakal 'membantu' masa depan mereka. Sebagai pendidik sudah menjadi tanggungjawab bagi mengingatkan dan memperbetulkan mana-mana tindakan yang kurang wajar buat mereka. Saya sentiasa merasakan mereka ini seolah tidak pernah menghargai walau satu patah perkataan berunsur nasihat buat mereka. Bagi mereka keseronokan itu lebih penting dari belajar seolah itulah yang bakal membantu mereka dihari tua.

Keberkatan ilmu itu sangat penting.

p/s: Mudah-mudahan duit gaji yang Allah bagi setiap bulan berkat. Ameen.


Comments

Popular Posts