Al-Fatihah

Assalam w.b.t,

Hari ini seperti hari-hari yang biasa.

Tapi entah kenapa awan sedih seolah tidak mahu bergerak dari menyelebungi KML. Semua warganya bermuram durja. Bukan kerana hari ini Kertas Matematik susah, namun pemergiaan seorang pelajar kembali menghadap Yang Maha Esa. Meninggal mengejut dengan sebab yang masih kabur.Dari seluruh arah di KML semuanya berkongsi duka sesama sendiri. Bertanya adakah arwah pelajar mereka.


Hari ini berakhir seperti hari-hari biasa. Thumb out dan letih.
Cuma seorang pelajar telah pergi menghadap Ilahi.


p/s : Sama-samalah kita berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga allahyarham ditempatkan dengan mereka yang beriman, Insyaallah.

Comments

Popular Posts