SKT

SKT- Sasaran Kerja Tahunan. Kami digesa untuk melakukan sesuatu yang extraordinar! Hanya dengan itu kami akan memperoleh markah yang sewajarnya iaitu paling tidak 85%. Soalannya apakah extraordinar yang dimahukan itu? Adakah pihak tersebut juga pernah menyoal diri sendiri; adakah mampu mereka berbuat perkara yang sama? EXTRAORDINAR?

Antara persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiran saya; Mungkin mereka memang tidak mengerti kerana mereka tidak mahu mengerti apa yang kami telah sedaya upaya cuba lakukan demi mempertingkatkan prestasi dan kebolehan pelajar. Bagi mereka cukup sememangnya tidak pernah cukup.

Insyaallah akan cuba untuk memujuk diri untuk terus positif dan memperkasakan niat baik untuk mengajar.


p/s : Masih belum menyemak markah SKT untuk tahun 2009 dan 2010. Apalah agaknya markahnya ya? Mungkinkah akan semakin bermotivasi atau semakin terdemotivasi? Kata seorang sabahat (senior sama ofis), "Baik Zahir check markah SKT, penting tu, untuk masa depan kita memang tak tahu"  and my wife sedang nyenyak tido, barangkali terlalu letih dengan kelas hari ini. Doakan rezeki buat kami bulan ini. Ameen.

Comments

Popular Posts